Emel Untuk Damia mengisahkan Damia seorang gadis yang berkebolehan dalam bidang sukan. Ketikamana dia telah mencipta nama, dia mengalami dilema kerana ibubapanya dijadual berpindah ke tempat baru.
Untuk meredakan keresahan yang bersarang di hatinya, Damia melayani internet dan berhubungan dengan rakan-rakan mayanya. Dia berkenalan dengan seorang rakan siber yang sebaya dengannya bernama Nur Ilham dan mereka saling bertukar-tukar pandangan melalui emel.
|