Mencari Amira mengisahkan misteri penculikan Aina Amira seorang penolong ketua pengawas yang disukai ramai.
Sahabat baiknya Nadia yang sangat risaukan nasib Amira sehingga menyalahkan dirinya sendiri. Lalu dia mengajak kawannya Izuardi untuk menolong mencari Amira. Wak Milan ayah Izuardi tidak suka tindakan Nadia mengajak Izuardi namun mereka bersama-sama keluar untuk menjejaki Amira. Apakah yang mendorong mereka berganding bahu untuk menyelamatkan Amira? Adakah kerana mereka sayangkan Amira? Atau adakah kerana mereka mahukan hadiah RM1 juta yang ditawarkan untuk mereka yang berjaya menyelamatkan Amira?
|